Saturday, 5 May 2012

Kesan Pencemaran



Kesan-kesan pencemaran udara :

Kesihatan terjejas

Pertanian yang tidak produktif

Kemalangan mudah berlaku - akibat penglihatan yang kabur

Mengotorkan persekitaran - habuk





Punca Pencemaran



Pencemaran udara boleh berpunca daripada :

  • Pelepasan asap kenderaan
  • Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang
  • Pembakaran di tempat pelupusan
  • Pembakaran terbuka di bandar
  • Pembakaran hutan
  • Pelepasan habuk - pembakaran sisa kayu/ sekam padi
  • Bahan-bahan sisa bandaran - sampah-sarap , sisa-sisa makanan
  • Aktiviti Masyarakat - membakar sampah, memasak menggunakan 
    arang/ kayu, merokok



Jenis-Jenis Pencemaran



Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :

Sulfur dioksida



Karbon monoksida






Nitrogen dioksida dan ozon





Alergen






Plumbum dan logam-logam lain



















Klasifikasi Pencemaran Udara



Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:


Pencemaran Udara Primer

Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.
Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.

Pencemaran Udara Sekunder

Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup. Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur monoksida (pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat (PAN).






Pencemaran Udara



didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.

Pengenalan



Dalam usaha mengejar kemajuan Negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projen-projek pembangunan sesebuah Negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonimi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negative akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin  mendesak ini mengakibatkan kesan pencemaran. Ksemua kesan negative pembangunan ke atas alam sekitar, setiap akitiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.
Pencemaran boleh ditakfirkan sebagai pembuagan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.